Wednesday 21 December 2011

Syukur , alhamdulillah :)

Assalamualaikum :)
Ya Allah , aku memanjatkan kesyukuran di atas kurniaan rezekiMu yang tidak ternilai . Terima kasih Ya Allah kerana kau mendengar dan memperkenankan permintaan hambaMu yang lemah ini . Ya Allah , aku benar benar bersyukur :) Mulut aku tak henti henti berdoa kepada Yang Maha Esa di atas kurniaanNya :) Akhirnya , aku dapat melihat senyuman , kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Mak dan Abah ..insan yang paling aku sayang . Aku dapat menggembirakan mereka ..walau pun aku tahu bahawa jasa dan pengorbanan mereka takkan mampu aku balas . Alhamdulillah :) Kepada calon calon PMR 2011 , tahniah kepada yang berjaya dan teruskan uasah . Kepada yang kurang berpuas hati dengan keputusan PMR 2011 ..SPM menanti . Masih ada peluang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang . Insya allah :)

No comments:

Post a Comment