Sunday 25 December 2011

Kembali ke sekolah :)

Assalamualaikum :) Seminggu lebih jea lagi , kita akan 'kembali ke sekolah' balik . Dah beli barang barang sekolah kea belum ? Kita dah beli dah , semalam . Keluar satu hari , shopping dengan family , beli barang barang sekolah . Yang paling banyak beli barang , for sure adik lelaki aku . Tahun depan naik darjah 1 . Macam tak caye jea dia dah besar :) Hahahahaa , excited lah tuh nak masuk darjah 1 ..pape ponn , sayaang kau rongakk :*

Wednesday 21 December 2011

Syukur , alhamdulillah :)

Assalamualaikum :)
Ya Allah , aku memanjatkan kesyukuran di atas kurniaan rezekiMu yang tidak ternilai . Terima kasih Ya Allah kerana kau mendengar dan memperkenankan permintaan hambaMu yang lemah ini . Ya Allah , aku benar benar bersyukur :) Mulut aku tak henti henti berdoa kepada Yang Maha Esa di atas kurniaanNya :) Akhirnya , aku dapat melihat senyuman , kegembiraan dan kebahagiaan di wajah Mak dan Abah ..insan yang paling aku sayang . Aku dapat menggembirakan mereka ..walau pun aku tahu bahawa jasa dan pengorbanan mereka takkan mampu aku balas . Alhamdulillah :) Kepada calon calon PMR 2011 , tahniah kepada yang berjaya dan teruskan uasah . Kepada yang kurang berpuas hati dengan keputusan PMR 2011 ..SPM menanti . Masih ada peluang untuk mencapai kejayaan yang cemerlang . Insya allah :)

Thursday 15 December 2011

Balik kampung :)


Assalamualaikum :) Hari nhe kita nak balik kampung jumpa atuk dengan nenek kita. Dah lama tak jumpa dorg..rindu atuk dengan nenek , rindu kampung , rindu cousin-2 kat sanee , rindu semua lah :D tak sabar nyaa . Balik KL balik , hari Ahad. Doakann kita selamat pergi dan kembali. Ecehh , okay ..nak pack baju :) Byebye !

Wednesday 14 December 2011

Boboi Boy & Upin Ipin :)



Ehh ehh , apa pasal ada kartun kartun pulak nhe ? Hahahaha :D Bosan di keheningan malam nhe , tetibe rasa nak update something . Ecehh , ayat skema :D haa , kartun kartun nhe antara kartun yang adik aku minat . Kalau dah dapat tengok , memang takde can lah orang lain nak tengok channel lain . Nasib nasib ..kalau lagu , jangan cakap lah . Hafal ..harap harap nanti bila dia study nanti , senang lah nak hafal macam mana dia hafal lagu lagu nhe kann ? Hahahaha :D adik adik ..apa apa pun , sayaanng kau sangat sangat dikk . Mehh , akak kasi kiss kat pipi sikit  :*

Sunday 11 December 2011

Result ohh result ..

haa , dah lama tak update blog ..lama kea ? Hahahaha :D apa apa jla kann . hmm , PMR candidates mesti tengah takut kann ? tape , kita dah buat sehabis baik . insya allah , keputusan tuh akan keluar berbaloi dengan apa yang kita dah usahakan . kalau tak seperti yang kita jangkakan , mungkin rezeki kita takde ..dan mungkin rezeki kita akan lebih dalam masa yang akan datang . apa apa pun , terus kann berdoa kepada Allah SWT . Dia akan sentiasa mendengar doa hamba-hamba nya :) Semoga keputusan kita nanti sama dengan apa yang kita harapkan ..AMINN :)

Thursday 8 December 2011

Idamanku ..


Canon EOS idamanku ? Hahahaha :D abah janji nak beli kalau aku dapat 8A dalam PMR tahun ni. Insya allah, tapi .. sebab utama aku nak dapat 8A adalah Mak dan Abah. They are everything to me. Aku sayang mereka. Tanpa mereka, aku tak kann ada kat dunia ni. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk Mak dan Abah :) Aku akan cuba membahagiakan mereka selagi nyawa dikandung badan. Ampunkan salah dan silap akak ye ? Sayaang Mak dan Abah <3

Wednesday 7 December 2011

Ascore :)

This girl name is Nurul Atieka binti Azham. She's cute,right? Aku sayaang kau gila-2 , ngekk :*

Yang ni ..Nurul Fatin Nadzirah binti Mazli. Kita gelarkan dia , 'Si Gigi Besi' :) korang takde kann gigi besi ? dia ada ..so , jangan jealous . Sayaang budak ini ketat-2 :*
Liyana Fatinah binti Kamaruszaman. Liyana = kelembutan ..lembut kea dia ? Entah lah , tak tahu :D apa-2 pun , aku sayaang kau lah :*

Itulah serba sedikit tentang Bestie aku. Always beside me when i need them :) Tak boleh bayang kann macam mana hidup aku tanpa dorg. Ecehh , jiwang kejap. Thankyou girls for being beside me. Love you <3